Kenapa aku tak suka musim Akademi Fantasia?


Assalamualaikum, seperti yang sedia matlum. Sekarang ni musim Akademi Fantasia 9 di Astro Ria. Dan seperti yang anda tahu juga, setiap tahun rancangan realiti ni akan membuat pelbagai cara untuk menaikkan popularitinya. Walau kita dengar dari musim ke musim ia semakin hambar, tapi aku tengok ramai je yang duduk terkinja2 dibawah tu. Mereka dibayar ke apa?

Tapi perkara tu susah lah nak cakap, sebab aku rasa kat mana2 ada je perkara2 yang lagho ni. Baik di TV, mahupun di rumah. Tu fikir2 sendiri lah ye. Tapi apa yang aku nak cakap ni pasal Akademi Fantasia yang kerap di ulang2 di TV.

PERSOALANNYA KENAPA?!!

Adakah untuk mereka2 yang terlepas menontonnya? Atau untuk mereka terus teruja dengan pelajar pilhan mereka? Adakah untuk mereka terus ingat pelajar pilihan mereka? Atau apa2 alasan lain lah...

Astro ni kita bayar kan?! Bukan untuk tonton Akademi Fantasia semata2. Memang banyak lagi channel lain. Tapi nak juga kita tonton rancangan melayu di astro Ria seperti sebelumnya kan? Ulang sekali dua tak apa lah. Ni satu hari ada 2-3 kali juga. Tertekan aku tengok.

Tapi apa pun boleh kita buat kan? Syarikat dia, bukan syarikat kita. Tapi mereka kena tahu juga, kita ni pelanggan mereka bukan sekadar penonton.

6 ulasan:

Abang Zam berkata...

ahaha..aku paling menyampah dengan diari af
peh! nak mengamok aku tengok

The Sharkox berkata...

aku adalah orang yang tak pernah menonton AF.. serius.. pasal rumah aku takde astro..haha..

af sembilan berkata...

@Abang Zam mmg....asik brulang je... aku klo tgk konsert pon sbb nk dptkn list lgu yg xpnh aq dgr :P

af sembilan berkata...

@The Sharkox waah!! siyes ke??? astro kt kdikn ade

dwaty berkata...

af tahun ni aku tak layan sangat....

af sembilan berkata...

@dwaty tgk2 gitu je la... :)