Alasan menjadi vegetarian dan video terakhir sebelum. . .?

Assalamualaikum! Anda vegetarian? Anda vegetarian? Anda vegetarian? Hehe~ Aku rasa tak ramai pun antara kita ni vegetarian. Kebanyakkan dari kita ni suka makan daging. Betul? Kan? Hehe~ Tapi ada juga segelintir dari kita ni yang amalkan diet sayuran ni. Aku? Hehe~ Aku tak reti makan sayur. (Lalala~)

Mengapa sesetengah orang memilih untuk menjadi vegetarian ye? Agak2 tahu tak kenapa? 

Kebanyakkan dari mereka yang amalkan diet tersebut menyatakan yang mereka tak sampai hati untuk memakan haiwan tersebut. Dan ada juga yang memberi alasan adakah sembelihan tersebut sah dalam agama Islam (bagi yang Muslim)

Jika persoalan tersebut menjadi alasan kepada peralihan diet itu aku tak boleh nak halang pun. Di entry lepas, aku ada menayangkan video kekejaman haiwan dalam entry bertajuk 'Daging itu haram dimakan'. Tapi.. Kalau ragu2 dengan sembelihan yang mungkin tidak sah untuk dimakan tu, aku rasa kenapa tak sembelih sendiri? Tak pun, tengok sendiri sembelihan tu dilakukan. Hehe~ Betul tak?

Hah~ Nak bagi alasan takut nak tengok sembelihan tu ke? Kasihan? Menyiksa haiwan? Haha~ Anda patut pelajari balik tentang sembelihan dalam Islam. Segala dalam Islam telah Allah SWT tetapkan agar haiwan tersebut tak sakit dan tersiksa kerana sembelihan. Search balik ye! Islam itu lengkap, kita je yang tak melengkapkannya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dan, ini adalah video log sebelum balik. Hehe~ Sila komen mengenai kesepahan bilik aku. Semua adalah gara2 kebocoran yang melimpah sampai ke ruang tamu yang bersepah. Dan akhirnya jadi teruk!



P/s : Aku sekarang dah kat rumah dah!


Tiada ulasan: