Cara untuk lelaki menjadi tampan, kacak, segak, bergaya.

Assalamualaikum~! Anda yang lelaki disana tu. Ye, anda lah. Anda nampak sedih je. Boleh aku tahu kenapa? 

Nak kelihatan tampan, kacak, segak, bergaya? Baik, aku akan ajarin anda! Haha~ (macam lah aku tampan sangat nak ajar orang)

Tak perlu lah gembira sampai macam tu. Pelik2 lah anda ni.

Okay, mula2 kita kena tahu apa yang buat orang akan fikir kita tampan, kacak, segak, dan bergaya?

Mula2 yang paling ketara adalah dengan...
Masuk ke dalam TV! Ye~ Seperti menyertai Realiti TV ke macam tu akan buatkan anda menjadi  tampan, kacak, segak, dan bergaya!

Orang takkan sedar pun anda tampan tampa anda keluar di kaca TV melalui rancangan realiti. Jangan risau dengan perangai buruk anda. Dalam kaca TV, apa yang buruk boleh menjadi hebat!

Selain keluar dikaca TV, cara lain adalah dengan...
Berkawan dengan mereka2 yang kurang menyerlah. Sebab bila yang lain tak menyerlah atau senang kata tidak  tampan, kacak, segak, dan bergaya. Maka anda akan kelihatan lebih menyerlah! atau dalam erti kata lain tampan, kacak, segak, dan bergaya!! Ia lebih mudah di lakukan dari masuk ke rancangan TV.

Tak berani ambil risiko juga? Okay, cuba cara ini pula...
Ya! Pembedahan Plastik!! Aku boleh jamin anda akan jadi  tampan, kacak, segak, dan bergaya dalam sekelip mata! Tapi risikonya lebih besar dari tadi.

Tak berani juga?

Aduhai~ Aku dah bagi langkah2 yang mudah dah. Tu paling senang nak jadi  tampan, kacak, segak, dan bergaya. Hmm~ Okay, sebenarnya ada satu lagi cara untuk menjadi  tampan, kacak, segak, dan bergaya ni.

Nak tahu apa dia?

Iaitu dengan menjadi diri sendiri, tak perlu kejar populariti dan semua2 tu. Cuma perlu gembirakan diri, yakin pada diri sendiri, jaga kebersihan diri, hormat diri sendiri serta orang lain. Maka dari percampuran tadi akan menjadikan anda SUPER  tampan, kacak, segak, dan bergaya!! Percayalah!


Tiada ulasan: