Memaparkan catatan dengan label Pendengar yang baik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendengar yang baik. Papar semua catatan

Bunyi yang agak annoying!

bunyi

Hey~ Dah berapa lama anda hidup hah? Pernah tak dengar bunyi yang terlalu annoying atau sangat2 anda tak suka? Aku tau lain orang lain pendapat. Kadang2 aku rasa benda tu annoying, tapi mungkin anda rasa tak ada apa pun. Jadi aku nak bagitahu bunyi2 yang aku tak suka. Agak2 anda suka ke bunyi macam ni?

nyamuk

Nyamuk terbang di telinga. Adoi! Gila sakit hati kalau dia terbang kat telinga kan? Nak di tepuk tak dapat. Kadang2 pasang ubat nyamuk pun tak lut!

ngilu

Ni satu lahi yang aku tak suka! Bunyi kapur di tulis kat papan hitam. Ngilu gila bunyi dia! Hoho~ Aku rasa ramai juga yang tak suka bunyi ni. Tapi sekarang dah tak ada kot sekolah pakai papan hijau ni. Semua dah whiteboard kan?


Setakat ni tu je yang aku dapat kenal pasti bunyi yang aku tak suka. Dan mungkin juga anda tak suka. Haha~ Kalau ada lagi yang terlintas, aku buat lah ye. Kalau ada yang anda nak tambah, boleh lah tinggalkan kat ruang komen bawah ni. Sila2~

Pendengar yang baik.

pndgr

Assalamualaikum, adakah anda pendengar yang baik? Anda rasa ye atau tak? Ish~ Tak jawab pun? Haha~ Nanti anda jawab kat komen ye? Okay, kita sebagai manusia yang normal sangat2 suka pendengar yang baik kan? Sebab nya pendengar yang baik ni akan setia mendengar permasalahan kita.

Tak ada manusia yang lari dari masalah dan biasanya, tak semua boleh selesaikannya dengan sendiri. Betul tak? Kadang2 ada yang ego untuk selesaikan dengan sendiri tapi hasilnya kadang2 tak berjaya pun. Jika kita ada rakan yang juga seorang pendengar yang baik, seeloknya anda ceritalah pada dia. Jika pun dia bukan seseorang yang boleh menasihat tapi sekurang2nya anda lepas dari tekanan. Memang manusia ni tak boleh tampung masalah seorang diri sebab dalam diri kita ni ada positif dan negatif. Bila kita bersendirian dalam masalah dan memikirkan dengan sendiri, pemikiran yang negatif akan ganggu dan menjatuhkan semangat kita. Walaupun diselang selikan dengan pemikiran positif namun, fikiran negatif akan seringkali menyampuk. Adoi! Kalau macam tu, macam mana nak selesai kan?

Dengan hadirnya seorang pendengar yang baik, sekurang2nya dia boleh mengatakan sesuatu yang positif. Jadi ada 2 pemikiran positif lawan 1 fikiran negatif; dan pemenangnya adalah pemikiran positif! Haha~ Itu kalau dia sekadar pendengar yang baik. Bagaimana jika dia juga seorang penasihat yang baik? Sah3 lah pemikiran negatif anda akan terkena machine-gun dari pemikiran positif. Kalah teruklah pemikiran negatif tu.

Jadi, entry ni aku khususkan kepada mereka2 yang suka sangat pendam2 masalah. Jika anda ada masalah, tak kira family atau peribadi atau tak atau apa2 pun; silalah berkongsi dengan sesorang yang sangat2 anda percaya. Jangan kongsi dengan orang yang tak leh di percayai, sebab nanti habis heboh satu kampung! Haha~ Pandai2 lah hidup ye?

P/s : Kaki ngumpat juga adalah pendengar yang baik, juga pemerhati yang baik, tapi perbuatan mereka tak baik sebab aib orang di hebah2kan. Bila aib sendiri tahu pula nak bengkeng?!