Tips cegah masalah mulut berbau.

Adakah anda hadapi masalah apabila bercakap dengan sesiapa kerana tiap kali anda buka mulut semua mula rebah?

Atau pun ramai yang sering kali tersalah anggap terhadap anda?

Mungkin mak anda pun dah letih mencarikan pasangan kerana wanita tidak berani mendakati anda walaupun wajah anda amat tampan!

Ini adalah gara2 mulut berbau yang membuatkan orang tidak selesa menghampiri anda. Mungkin bukan anda, dan barangkali anda berdepan dengan orang macam ini. Tetapi segan untuk menegurnya kerana risau akan menyingung atau memalukan dia.

Itu perkara biasa. Kalau yang berani mati tu, mungkin lah tegur juga. Tapi kepada yang segan2 ada beberapa caranya.


Mula2 haruslah berus gigi! Pagi2 tu wajib dan harus selepas makan. Ini adalah untuk meneutralkan semula mulut anda selepas makan macam2.

Jangan fikir berkumur dengan tu dah cukup sebab bakteria yang menyebabkan bau mulut tu tak akan ikut air tu pun. Betul~ Tak caya cuba lah.


Lagi satu adalah dengan mengunyah gula-gula getah! Ni yang paling mudah lah sebab boleh beli kat kedai runcit dan boleh dibawa kemana2 pun. Dan aku rasa semua pun tahu semua ni. Hehe~

Kunyah daun papermint takkan menghilangkan bau mulut anda tetapi hanya menyegarkan anda bila mengunyah je. Makan gula2 pun tak banyak bagi kesan kepada bau mulut anda. Tapi mungkin juga jika yang kuat baunya boleh kot.

+++++++

Tapi ada kemungkinan bila kawan kita konon nak kongsi gula-gula getah tu bukan sekadar nak tunjuk baik dengan kita. Haha~

4 ulasan:

Unknown berkata...

hehe...kadang2 rase segan untuk tegur kawan2 yang ade masalah mulut berbau...

solusinya terpaksalah tahan nafas seketika...hihi..

tengkorakemas berkata...

gosok gigi, jangan percaya sangat dgn iklan gula2 penyegar nafas tu hehe

p/s:bro, goodbye for now

NurAmal berkata...

sembur perfume kat mulut.. :)

Aujinz berkata...

Kumur jer mulut tiap tiap pagi dengan air garam...kalau tak pun, kumur dgn listerine..amalkan...

Atau nak lagi power, kunyah daun sireh..mmg konfem ada antiseptik original lagi..