Memaparkan catatan dengan label benci akademi fantasia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label benci akademi fantasia. Papar semua catatan

Konsert-konsert!

Petang 12 Jun 2010. . .
Nampak gayanya, Tok Bilal kena menyayingi 4 finalis konsert tu lah ye? Konsert apa? Konsert Akhir Akademi Fantasia 9 dimana ia akan berlangsung di Putrajaya berdekatan dengan MASJID! 

Apa yang lebih menyedihkan acara berlangsung dari 6 petang dan keudara kira2 8 malam. Aku rasa area Putrajaya belum masuk waktu Isya' lagi tu. 

Dan kalau pukul 8, sempat ke nak penuh kan ruang konsert lepas berpusu2 solat maghrib di masjid tersebut (OPSsss..!)? Nanti waktu Azan Isya' dan juga waktu mereka solat Jemaah macam mana? Takkan Aznil diam je kot tunggu sampai mereka habis?

Ke Masjid tu tak berkumandang AZAN semata2 nak dengar 'BINTANG' pujaan anda menyanyi. Elok sangat 2 lelaki 2 perempuan. Aduhai~ Dunia...dunia...
Patut lah . . .

Kenapa aku tak suka musim Akademi Fantasia?


Assalamualaikum, seperti yang sedia matlum. Sekarang ni musim Akademi Fantasia 9 di Astro Ria. Dan seperti yang anda tahu juga, setiap tahun rancangan realiti ni akan membuat pelbagai cara untuk menaikkan popularitinya. Walau kita dengar dari musim ke musim ia semakin hambar, tapi aku tengok ramai je yang duduk terkinja2 dibawah tu. Mereka dibayar ke apa?

Tapi perkara tu susah lah nak cakap, sebab aku rasa kat mana2 ada je perkara2 yang lagho ni. Baik di TV, mahupun di rumah. Tu fikir2 sendiri lah ye. Tapi apa yang aku nak cakap ni pasal Akademi Fantasia yang kerap di ulang2 di TV.

PERSOALANNYA KENAPA?!!

Adakah untuk mereka2 yang terlepas menontonnya? Atau untuk mereka terus teruja dengan pelajar pilhan mereka? Adakah untuk mereka terus ingat pelajar pilihan mereka? Atau apa2 alasan lain lah...

Astro ni kita bayar kan?! Bukan untuk tonton Akademi Fantasia semata2. Memang banyak lagi channel lain. Tapi nak juga kita tonton rancangan melayu di astro Ria seperti sebelumnya kan? Ulang sekali dua tak apa lah. Ni satu hari ada 2-3 kali juga. Tertekan aku tengok.

Tapi apa pun boleh kita buat kan? Syarikat dia, bukan syarikat kita. Tapi mereka kena tahu juga, kita ni pelanggan mereka bukan sekadar penonton.