Jangan lihat sebelah mata je?

Ini adalah realiti zaman sekarang. Kebanyakkannya semua akan pandang sebelah mata je. Anda pun mesti ada berfikir macam tu. 

Ini adalah lakonan semula si makhluk hijau ni tentang kisah benar tapi dah di ubah2 ikut suka aku lah. Haha~ 
Dia ni seorang anak muda yang tak berapa nak tinggi pelajarannya. Hanya berkebun je yang dia suka buat. 
Dia ni tanam dalam 100 anak pisang kat tanah bapa dia yang tak sebesar mana. Dan kini pokok tu kian membesar sihat. Ini kerana dia rajin menjaga tanamannya. 
Tapi kebanyakkan orang memandang dia sebelah mata. Yela, kerja setakat berkebun. Sah2 berapa je hasilnya kan? Semua fikir cara ni takkan hidup senang, apakan lagi nak kaya.

Tapi dia pedulikan apa orang kata.
Hinggalah sampai di bulan Disember. Apa yang ditunggu2nya dah pun sampai. Dengan berbekalkan anak2 pisang beharga 50sen setiap satu yang dibelinya awal tahun. Kini dah membesar dan membuahkan hasil.
Jika satu kilogram bersamaan RM2 satu tandan dalam 2-3kilogram. Tu satu tandan, kalau 100 lebih tandan?? Tak lah kaya tapi boleh lah. Lagi pun, sambil2 berkebun atau ada kebun ni masih boleh buat kerja lain. Buat tanaman macam ni sebagai sampingan pun okay.

Sebenarnya, sektor pertanian ni agak mudah untuk diceburi lagi2 yang betul2 minat. Ini bukan kerja untuk orang2 tua yang dah pencen sebab kalau dah tua, mana nak larat bukak ladang besar2. Masa muda lah buat benda2 ni. 

Tak boleh kaya?! Siapa kata? Cuba research pasal peladang2 kat Malaysia kita yang kira berjaya. Berapa pendapatan mereka? Lumayan~! Siap boleh jual sebiji mangga RM35 sebiji di luar negara!! 

Apa lagi? Fikir2kan lah...

2 ulasan:

Abang Zam berkata...

sungguh..gila lah..kalau betul2 sungguh dengan usaha tu memang boleh buat duit

hahahaha..makin rajin kau bat makhluk ijau tu

cik azeya berkata...

comel lah makhluk tu.