Apa lelaki buat sebelum keluar date?

Adakah esok adalah hari yang anda tunggu2? Hari apa? Apa hal kau ni? Takkan date sendiri pun tak ingat? Hari kau keluar dengan makwe kau! Cuba tengok balik kalender tu!
Ye! Esok lah! Ha~ Baru nak kelam-kabut ke? Okay2, anda perlu tenang. Ada masa lagi untuk buat persiapan. Mari kita check apa yang perlu sebelum date ni. 

Apa ye mula2?

Oh ye! Betul juga tu. Pilih pakaian untuk esok. Penampilan itu penting ye! Kalau tak nak makwe anda pandang lelaki lain, lebih baik anda pakai smart2 sikit. Kalau perlu gosok, silalah gosok baju tu ye. Tak tahu cara nak kelihatan tampan? Kan aku dah pernah bagitahu Cara untuk lelaki menjadi tampan, kacak, segak, bergaya sebelum ni. Check balik!

Lepas dah pilih baju semua tu. Apa lagi? 
Ha~ Tu penting juga tu. Mesej makwe anda dulu kot2 lah dia batalkan date tu sebab ada hal lain. Jadi tak perlu lah sebok2 kan. Haha~ Kalau dia kata ok. Teruskan dengan persediaan.

Anda lupa satu perkara penting! Cuba check...
...ada duit ke tak ada?! Yela nak keluar dengan makwe kalau tak ada duit masalah! (erhem...) Takkan nak makwe belanje? Sekali-sekala memang tak apa, kalau tiap masa malu lah! Kalau dah tak ada, cepat2 pergi cucuk kat ATM sedia untuk esok. Kalau tak ada duit dalam bank, pinjam lah member2 ke, saudara ke, adik ke, atau siapa2 lah. Kalau ada yang simpati kira okay lah. Kalau tak, sila sediakan alasan munasabah untuk si dia. Haha~

Okay, dah sedia semua tu? Satu je sebelum tempoh hari esok iaitu hari date!
Ye, mesti tidur awal. Tidur awal tu penting supaya anda bangun lebih awal dan tidak kelam kabut serta dimarahi makwe kerana kelewatan anda. 

Okay?

Haha~ Itulah apa lelaki buat sebelum keluar date?

4 ulasan:

Milimilo berkata...

wahaha. kalau perempuan sebelum keluar lagi banyak kerenah. tido awal memang tak ah kan :D

part duit tu penting gile.kikiki ^^

Halimatun Sa'adiah berkata...

persipan awl tu penting..
urmm...lme x dating2 neh..

A.I berkata...

erk.
laki pon macam ni eh?
aku tgok bf aku keluar main terjah jek, takder pk2 pon nak pakai baju apa, tidor awal ker...

tp part tidor awal tuh, kalo tak buat memang parah la esok. mesti nak gadoh. sebab mood berong! HAHA

Nisha husni berkata...

kahkahkah.lelaki pun macam ni kan :D