Ada terdetik "Blog aku tak cantik..."?

Pernah tak hadapi situasi sebegini kepada anda:
Sedang berblogwalking dengan gembiranya di alam maya. Tiba2. . .
...keterujaan melihat blog seseorang yang cantik. Jadi anda pun mulalah cemburu dan merasakan blog anda tak cantik.
Anda pun mula membodek blog anda untuk mencuba itu ini. Konon nak tambah cantik lah kan? Ketika itu lah segala macam tutorial anda cuba, minta tolong orang buat header, buat banner, tambah widget, dan ada juga yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang semata2 nak edit blog menjadi cantik!

Jika yang sanggup upah orang tu mungkin lah blog akan jadi cantik. Tetapi bagi yang edit sendiri seperti si Mika Green ni?!

Orang lain yang cuba membuka blog anda, dia akan menghadapi. . .
...dan anda pun. . .
Haha, biasa berlakukan? Aku tahu, sebab aku tengok ramai yang mengadu seperti tu. Biasa berlaku kepada blogger2 yang boleh dikatakan baru nak menapak atau kategori cuba2.

Okay2, tak salah nak cuba2 atau nak menapak. Sebab rasanya kebanyakkan blogger2 popular di Malasyia ni khususnya bermula dengan cuba2 dan lama2 menjadi. Itu pun berkat usaha dan teknik yang betul.

Macam ni lah, aku bagitahu sikit lah tips yang perlu ada pada sesebuah blog ni untuk menampakkan cantik. Tapi ni cara aku lah.

Mula2 sila pegang perinsip less is more jika anda nak blog anda menarik, kemas dan yang penting ringan!

Lepas tu. . .
...lihat di atas ni sebagai rujukan. Hanya ada 4 je yang perlu dilihat iaitu:
  1. Header - tak perlu nak transparent pun tak apa. Jangan panjang sangat kebawah, nanti berat. Saiz lebih kurang 150kb je.
  2. Page Tab - Yang ni agak penting, tapi kalau tak mahu abaikan. Ini bergantung pada tujuan anda.
  3. Ruang Entry - Tajuk perlu lebih besar dan jelas daripada entry. Tulisan untuk entry pula hendaklah jelas dan terang untuk dibaca. Gambar pada entry pula jangan lah kedabak sangat sampai keluar ke sidebar serta hendaklah saiz yang kecil sekitar 100kb atau nanti blog anda akan berat!
  4. Side Bar - Yang ini masalah pada anda. Di sidebar, letak yang perlu sahaja. Tak perlu jam, radio mahupun lagu2. BERAT! Yang penting ialah:
    • Pengenalan diri atau pemilik blog.
    • Follower .
    • List entry2 anda.
    • Shoutbox anda.
Kalau bertanya tentang background, aku tak letak apa2 cuma pilih warna yang aku berkenan je. Tak perlu gambar2 pelik atau backgrond vintage or apa2 tu. Lagi2 yang besar tu. Berat~! Kalau anda buka mungkin lah laju sebab hari2 anda tengok blog anda. Tapi bagi yang first time nak masuk, akan jadi berejam silap2 tak keluar apa2 dah dipangkah.

Jadi, cermat2 lah ye?! Selamat berblogging.

6 ulasan:

Aesya Zealous berkata...

blog aku hodoh. rase nak lempang je.hahah

Penyu berkata...

blog ? aku takde blog. cissss ...

Mohamadazhan.com berkata...

salam.pertama kali ke sini..follow =)

wah..cun apa macam ni..simple dan ada mesej.macam mana buat kartun comel2 tu?

Nur Intan Syafinaz berkata...

Singgah blog sy and komen la ape yg patut..nak buag ape kat blog tu..ape yg serabut?berat x nak bukak?Gtau ek..need some advice~tq

Wani J berkata...

Lukis sendiri ke doodLe tu ? cute ! :)

Unknown berkata...

blh x dtg blog kite n bgtahu brt ke x or ade pape y annoying x? need helps.:)