Kemana pergi 50sen yang diberi?!

Pernah tak alami seperti ini...


...tiba2 terasa nak terkucil sangat2. Mula lah kepala anda nak menoleh kiri dan kanan mencari keperluan untuk memenuhi kehendak.


Bila menemui sasaran, kaki segera melangkah ke arahnya.

Tetapi, sebelum masuk perlu ada cagaran untuk melepasi pintu utama.


Jumlah cagaran memberi gambaran yang indah dan mempesonakan kiranya kenalah dengan jumlah cagaran yang diberi.

Tetapi sebaik sahaja menjejakkan kaki dipintu masuk. . . . . .


Selepas dari peristiwa tersebut, Makhluk Hijau telah mengambil keputusan untuk siap2 buang air dirumah. Jikapun terasa nak buang air sangat, dia akan ke masjid atau surau berdekatan. Sebab kat situ pastinya bersih tak pun sekurang2nya tidak teruk.

Kadang2 aku malu dengan keadaan tandas awam di kebanyakkan tempat di negara kita. Terutama di tempat2 yang sering dikunjungi oleh pelancong asing.

Tandas ni adalah satu tempat yang melambangkan peribadi. Jika tandas bersih maknanya kita ni boleh dikatakan pembersih dan sebaliknya. 

Apa2 pun, fikir2kanlah ye? Dah pakai sama2 kan? Jaga lah sama2 tandas awam tu. Jangan lah harap pada tukang cuci tu. Sebab kerja dia membersihkan tandas, bukan membersihkan najis2 anda ye. 

Haha~




2 ulasan:

Wani J berkata...

aLaa .. kadang-kadang kalau kena bayar pun tandasnya tak se "bersih" harga yang dibayar -,- taktau apa tujuan mereka suruh bayar .

witLURVE berkata...

Biasa la tu.. wl pn pernah kene mcm gitu.. hampeh tol... bayar tapi toilet "MAK aiii". Paham 2 je la.. dengan air xda, kotor, isk dan sebagainya laa...