Diantara blog, kawan dan cinta...

Inilah perkara yang merunsingkan aku beberapa ketika ni. Aku jadi bingung sekejap. 

Semua berkait dengan masa silam aku. Kadang2 betul kata Sepah; "Barang yang lepas jangan dikenang," tapi perlu juga kita kenang untuk merubah masa sekarang sekali dengan masa depan kita.

Blog adalah minat aku serta hobi aku. Kadang2 ia membuang masa, dan kadang2 manfaatnya ada. Bergantung pada apa yang terniat dalam hati. 

Tapi blog ini bagi aku macam kanvas yang perlu aku corakkan dan ekspresikan untuk meluahkan. 

Mungkin jika aku hidup di zaman Leanardo Da Vinci, aku boleh jadi seorang pelukis kot. (Hmm~ mungkin aku kena mula pegang kanvas balik ni)

Apa2 pun, aku tak mahu tinggalkan blog aku. Sebab blog ni kanvas aku. Aku suka bila dapat menyampaikan dan orang terhibur walau berapa kerat je. Terima kasih kepada yang menyokong aku! (kepada syg juga)

Kawan, adalah satu perkara yang penting dalam hidup aku. Walau boleh dikatakan tiada lagi kawan yang benar2 'kawan baik'. Tapi mereka amat penting sama seperti keluarga.

Jatuh bangunnya kita, mereka lah yang akan mendokong, membimbing, kita.

Walau bagaimanapun, ada juga kawan yang kita tak berapa perlukan dalam hidup ni. Sebagai contoh adalah kawan yang menjatuhkan kita, serta menikam belakang kita. 

Apa pun bentuk kawan kita itu, baik jahatnya dia. Mereka tetap kawan kita kadang2. Apa yang perlu kita terima adalah positif dari dia dan bukannya yang negatif. 

Cinta pula adalah sesuatu yang sangat2 aku perlukan dalam hidup aku. Selain, cinta pada Illahi dan keluarga; cinta pada seorang insan lain adalah yang aku perlukan. 

Kerana ia duduknya dalam hati. Apa2 yang datang dari hati kita adalah sesuatu yang merangsangkan semangat, tenaga, amarah, nafsu, serta kehendak. Kehadirannya membuatkan dari tidak mampu kepada mampu, dan begitulah sebaliknya.

Bagi aku, untuk menjaga cinta ni sangat sukar sebab diri aku yang kurangnya keyakinan dalam diri. Apa yang aku selalu lakukan adalah percaya yang ianya ada disitu.

+++++

Pada aku, ketiga2nya sangat2 penting dan duduk di dalam kategori yang lain. Apa yang sama adalah ketiga2nya perlukan komitmen pada diri aku sendiri. Kan? 

Entahlah...

Aku lebih berani memilih cinta aku. Sebab, dia boleh jadi "blog" aku, boleh jadi "kawan" aku, serta semestinya dia adalah cinta aku.

Namun begitu, aku masih takut jika apa2 pada diri aku ni belum cukup untuk apa2 pada dirinya.

Keliru...

.....

Menurut kawan aku, Ayie. Blog, kawan, dan cinta adalah berlainan. Apa yang aku perlu cari adalah apa yang datang dari diri sendiri. Bermaksud, tak kira apa pun yang berlaku pada aku ni jangan kita tunding jari pada itu, ini atau pun situ, sini. Sebab semuanya berpunca dari diri kita sendiri.

Baik buruk yang berlaku dalam hidup aku ni semua berpunca dari aku sendiri. Walau mungkin ia ketentuan Allah SWT, tapi Dia beri aku rintangan ni untuk aku pelajari sesuatu untuk menghadapi hari2 yang mendatang.

Astaghfirullah~

1 ulasan:

Unknown berkata...

be strong.. just jangan go overboard.
jika ko rasa ada penyakit dunia.. try ma'thurat. ubat tu. pasal kawan, aku rasa tak kesah ramai mana, tapi sahabat kena ada.. pasal cinta, aku no komen. :)


blog aku template rosak T_T

saya dari sini