Entry ini mengenai wanita...

Lama sangat ke aku tak update blog? Agak lahkan? Haha~ Aku tengah mencari kerja sebenarnya dan broadband aku dah 2 bulan tak bayar. Huu~ sedihkan?

Tapi tak kisahlah kan. Apa yang aku nak utarakan kali ini adalah wanita. Ya! Entry ini mengenai wanita di seluruh dunia dan bukan si manusia berbonggol di tengkuk mengaku diri wanita.

Jadi kali ni aku akan meminta bantuan Mika Green sebagai doodle pembantu aku. Hehe~
Aku rasa, kebanyakkan dari lelaki dan masyarakat menganggap wanita ini kaum yang lemah. LEMAH?! Mungkin anda kata tak di mulut tapi ungkapan tu dah menular dan tertanam didalam pemikiran kita semua. 

Di sebalik kecantikkan serta kecomelan mereka sebenarnya tersimpan kekuatan yang sebaliknya dari ungkapan tersebut.

Bukanlah aku maksudkan dengan kekuatan fizikal. Sebab aku rasa lelaki sesama lelaki pun tak sama kekuatan fizikalnya. Contohnya, lelaki yang dikatakan 'kuat' di sekolah membawa beg lebih sikit kuantiti isinya berbanding budak yang kuat belajar. Hehe~

Dari kajian yang aku peroleh dari pembacaan dan pemerhatian serta telah pun dibuktikan oleh saintis dimana wanita lebih kuat menahan sakit berbanding lelaki! 

Tapi agaknya kenapa lelaki yang pergi perang. Hehe~ Perang bukan je kena tahan sakit tapi fizikal juga diperlukan. Wanita secara natural atau senang cerita telah pun diciptakan oleh Allah SWT berkeupayaan menahan sakit lebih dari lelaki.

Mana taknya, wanita ni akan melahirkan anak. Masa lahirkan tu, mana ada pakai ubat pelali ke apa. Doktor koyak begitu je, lepas tu suruh teran! Fuh! Aku bayang pun rasa gila sakit!!

Jangan pula anda rasa tak nak mengandung sebab besar pahala si ibu ni tahu. Pengorbanan yang akan di ingat sampai bila2 oleh si anak. 

Bagi yang si lelaki jangan pula nak lari. Sila2 lah ada di sisi isteri anda nanti. Sebab kehadiran anda nanti akan menyebabkan si isteri lebih berkeyakinan dan kuat dengan adanya anda. Yang penting jangan pengsan dulu lepas tengok darah yang banyak. Hehe~

+++++++++++++

Selain tu juga, aku rasa wanita ni sememangnya kaum yang kuat sebab walau di kurniakan sifat yang sensitif, dan emosi lebih dari lelaki. Namun aku rasa wanita lebih tabah dari lelaki.

Dalam dunia hari ini, lebih ramai ibu tunggal berbanding bapa tunggal. Dan ibu tunggal jarang sekali berkahwin semula berbanding bapa tunggal. 

Kalau yang kehilangan suami kerana kematian tu tak apalah sebab itu ujian dan ketentuan tapi kalau yang telah mengahwini lelaki tak bertanggunjawab. Tahunya nak anak ramai tapi nafkah sikit pun tak hulur. Jadi si wanita akan bekerja sendiri untuk mendapatkan pendapatan untuk anak2.

Tapi kalau lelaki, kadang2 lepas 2-3 minggu dah kahwin lain dah. Haha~ Betul tak? Lagi2 yang berduit. Bukan semua macam itu tapi ada dalam masyarakat kita ni.

Walaubagaimanapun, antara lelaki dan wanita ni sebenarnya tak ada yang kuat tak ada yang lemah. Sebab kita diciptakan atas sebab dan saling memerlukan. Dan kepada yang salah pilih jalan dimana senang cerita, homoseks tu...satu je aku nak cakap. ANDA BODOH! Ucapan tu termasuk untuk yang lelaki nak jadi wanita dan wanita nak jadi lelaki. 

P/s: Ada sesiapa dah menggunakan Google+, silalah sertai Circle aku. Huhu~ Untuk yang betul2 nak berkawan ye. Sila klik ini.


3 ulasan:

syazrinakuya berkata...

comel gila doodle.nk satu!.hehehe. betul2, wanita sangat kuat.kalau tak macam mana bole ada lirik ' tgn yg menghayun buaian boleh menggegar dunia ?'

NurAmal berkata...

setuju.. :)

Aujinz berkata...

Mereka para wanita memang tabah..