Topik entry yang digemari.

Assalamualaikum, ramai yang suka nak tahu tentang tips blog ni kan? Tapi ni tak macam tips blog yang best sangatlah. Mungkin juga bukan tips pun. Haha~ Tapi aku nak bagi contoh lah tajuk entry yang orang suka gila nak klik. Nak tahu tak? Kalau nak tahu sila klik like dibawah dulu ye? Haha~ Tak adalah, aku tak kisah sangat pun anda nak klik ke tak. Kalau yang klik tu yang sah2 baca entry lah kan. Hehe~ 

Okay2, balik pada topik yang aku nak cakap. Tajuk entry yang digemari adalah tajuk2 yang tidak senonoh. Itu nombor satu yang orang akan nak tekan. Contoh:
  • Aksi terlampau
  • Artis pakai seksi nampak...
  • Artis dan pakaian mandi...
  • ...lucah...
  • .........(18sx)
Entry2 seperti tu lebih dapat perhatian dari topik yang biasa2. Walaupun dah diberi amaran 18 tahun ke atas, tapi masih ada yang rasa diri dah besar klik dan baca entry tu. Biasalah, manusia ni lagi di larang lagi dia nak. Kalau kita tulis "Sila baca entry ini..." sah2 ada 2-3 orang je yang klik. Tu pun baca intro2 sikit2, leave. Haha~ Aku tak kata siapa2, terasa padan muka. Aku pun kadang2 macam tu dan aku sangat2 akui. Cuma beberapa faktor je buat aku nak baca. Tapi bukan dalam entry ni lah aku bagitahu. 

Topik lain yang paling orang nak baca biasanya adalah hal2 semasa, dan juga politik. Bab ini termasuk lah bab artis2. Orang nak tahu perkembangan benda2 ni. Sebab kadang2 kaki internet ni tak buka TV sangat pun, tak baca akhbar, dan kadang2 saja nak cari info tambahan. Ada juga yang cari bahan untuk jadi bahan kertas kerja di kolej. Untung lah jika blog anda terlibat dalam kajian seseorang sebab mungkin orang tu buat forum ke apa ke, kan best je terlaku blog anda tu. Huhu~ 

Topik yang harap dijauhkan untuk anda tulis adalah: KISAH CINTA ANDA! Kenapa? Sebab tidak ada sesiapa pun nak tahu selain dari kawan2 anda yang mengenali anda. Tapi mungkin lah ada 2-3orang yang suka baca perihal orang. Itu pun jenis orang2 yang biasanya stalker. Lepas tu nanti mula nak mengata. Hehe~ Tapi tak semua lah. Kadang2 wujudnya orang yang suka tahu perihal orang lain untuk tambah pengalaman diri sendiri. Bagus jugakan? Tapi serius lebih elok jangan buat sebab ia mendatangkan fitnah, dan bahan cerita. Kadang2 ia mendatangkan aib pada diri sendiri je. Kenapa? Tepuk dahi, fikir sendiri.

Tu je~

Tiada ulasan: