Assalamualaikum! Anda sedang buat apa? Dah makan ke belum? Alhamdulillah jika dah kalau belum, pergilah makan dulu ye. Sebab apa? Sebab aku nak bercerita tentang ayam. Ye ayam yang haiwan tu (seperti dalam gambar). Hah! Jangan kata anda tak kenal ayam tu apa. Jika memang tak kenal anda adalah manusia aneh! Kenapa? Sebab ayam ni haiwan popular!
Ayam haiwan paling popular??
Ye, ayam ni haiwan yang popular tau. Buktinya adalah mana2 dalam dunia ni kalau nak makan makanan berteraskan ayam ni dapat je. Tak kira lah telur ayam, kepak ayam, atau mana2 yang boleh dimakan. Ada juga yang jadikannya sebagai maskot pasukan atas sebab sifat kepahlawanan ayam tu. (Yeke?)

Acara ini masih digemari di sesetengah kawansan kerana ia adalah satu perjudian. Ni kira orang2 yang malas nak bekerja dan nak dapat duit cara mudah. Apa mereka ingat sabung ayam ni macam lawan Poke'mon kot? "I choose you Pikachu~!" Haha~ agaknya macam tu kot. Tapi rasanya macam tulah konsep Poke'mon tu kan? Ish! Tak elok lah pula aku rasa cerita Poke'mon tu.
P/s : Aku lebih suka Digimon dari Poke'mon sebab boleh masuk dunia digital. Jadi senang lah nak hack profile Facebook orang kan? Haha~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan