Okay, aku nak highligh pada "BLOG NI BUANG MASA...KENAPA NAK KONGSI?". Kenapa nak kongsi? Statement yang aku rasa kurang bijak di ajukan. Mengapa pula perlu kita simpan ilmu atau pengetahuan yang kita ada? Tak ke itu kedekut namanya? Bagi mereka yang tak tahu dunia internet ni akan mengatakan yang blog adalah diari harian yang ditulis di alam maya. Memang tak dinafikan ada yang berbuat begitu. Itu hak dia lah kan? Tapi persoalan lagi, adakah menulis diari adalah membuang masa?
Bagi aku, menulis diari adalah satu terapi untuk kita muhabah diri dan mengenali diri. Bila kita menulis apa yang berlaku sepanjang hari, kita akan tahu siapa diri kita dan lebih mengenali diri kita. Mereka yang menulis diari biasanya lebih merendah diri kerana mereka kenal diri mereka. Tulis diari tidak dikhususkan pada wanita sahaja, lelaki juga boleh tulis diari tiada masalah. Semua tokoh2 dunia ni ada diari atau catitan harian mereka.
"Blog ni buang masa..." adalah statement yang paling aku rasa macam tak boleh terima. Aku rasa lebih baik lah anda isi sesutau masa terluang anda dengan menulis sesuatu info yang anda tahu untuk tatapan pembaca lain. Dari anda duduk2 tengok youtube, buka forum atau baca apa2 info dan anda pendam sendiri2. Ilmu anda tak berkembang dan sebenarnya anda baru tahu 1/4 dari apa yang anda baca tu je. Kalau kita kongsikan, mungkin kita boleh dapat info tambahan walau mungkin ianya tak tepat, sekurang2nya ada cerita versi lain yang kita dengar dan membuatkan kita berfikir. Itu tujuan kita berblog.
Kepada yang tak ada blog jangan lah kata kami ni buang masa dengan perkara2 macam ni. Sekurang2nya kami tahu sesuatu yang anda tak tahu dan apa yang kami tahu dikongsikan kepada yang tak tahu membuat mereka menjadi tahu. Anda?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan