(Tips Blog) Kemana aku menghilang?


Adoi~ Maaf kepada semua rakan blogger! Aku dah dua hari tak update blog. Aku tengok graph aku terus turun sebab tak update. Aku tengah ada urusan yang nak diselesaikan. Tapi 2 hari lepas aku ke Shah Alam dan tumpang satu malam di rumah mereka. Saja melepak jumpa rakan lama. Sambil2 tu aku mencari bahan untuk aku tuliskan dalam blog aku ni. Ha~ Tu satu tips untuk kaki2 blog yang nak jadi blogger sejati.

Nak tulis blog kena ada sesuatu info yang menarik untuk kita tulis dan kongsi, betul tak? Jika kita cerita hanya tentang diri kita, siapa nak tahu? Siapa kita ni? Artis ke sampai orang lain nak baca perihal kita. Mereka2 yang baca biasanya cuma rakan terdekat ataupun sesorang yang mempunyai sifat prihatin.

Dari hasil penjelajahan aku yang belum lagi tamat, aku dapat banyak perkara baru dari kawan2 aku. Kawan2 aku yang aku tumpang rumahnya tu semuanya adalah bakal2 designer yang berlainan minat dan fahaman. Jadi setiap orang ada cerita2 menarik yang aku secara sengaja atau tak sengaja peroleh. Wah~ Waktu dapat info tu rasa tak sabar2 nak tulis entry tapi waktu tu aku tak ada internet dan paling dasyat aku tak ada lappy. Adui!

Jika anda dapat sesuatu info yang menarik dari mana2 sumber, dan rasa nak berkongsi didalam blog. Memula sekali anda kena catit tak kira lah kat kertas ke, handphone ke asal namanya catit. Lepas tu selidik sikit kebenaran info, then campur dengan pendapat sendiri. Dan hasilnya anda akan dapat satu entry yang best. Haha~ Aku setakat ni tak berjaya lagi untuk hasilkan tarikan untuk orang datang ke blog aku. Tapi aku akan terus cuba! Yea~

1 ulasan:

Unknown berkata...

kena beli 1 buku latihan laa..

utk catat idea2 entry..

tapi last2 lupa jgak..hihi